CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 9, 2008

Memupuk Keyakinan Diri

Keyakinan diri ini sering diperkatakan sebagai satu "Isu" besar jika anda seorang wanita. Seoarang wanita tu sering di pengaruhi oleh banyak adab sekeliling, masyarakat, anggapan, dan sebagainya. Memang la ia menjadi bebanan yang amat berat untuk seorang wanita untuk hidup dengan berbagai persepsi masyarakat sekeliling. Setiap hari wanita sering dihujani dengan masalah masalah yang menguji tahap ketahanan minda dan keyakinan diri mereka. Tetapi sebagai panduan kita selongkari sebahagian dari rahsia nak jadi wanita HEBAT
Tulis semula peraturan peribadi anda
Anda mungkin ada mengaitkan diri anda dengan cara anda berpakaian. Ada juga orang mengatakan"....you are what you wear" Tetapi kebanyakkan wanita hari ini akan rasa tergugat kalau tidak mengikut trend fesyen semasa. Kalau tidak bergaya seperti model dalam majalah Intrend ke, Glam ke, atau majalah Wanita sekali pun, anda risau , anda akan digelar "tak ikut trend dan fesyen" Perkara perkara ini akan menambahkan stress dan bebanan mental kepada anda... seolah olah anda dipaksa mengikuti cara berpakaian pada masa itu, walaupun sebenarnya anda amatlah tidak sesuai berpakaian seperti model model di dalam majalah tersebut. Nak tau kenapa Ganenor Bank Negara Malaysia suka berpakaian Baju Kurung? Lihat emak dia, Puan Azah Aziz.....dia mengambil ibunya sebagai Idol fesyen dia. Cantik aje dia orang 2 beranak tu kan.....Cuma jangan jadik "Fashion Victim" bila kita tidak selesa berpakaian ikut trend, akan terpancar di wajah kita. Jadi kita kena la jadi diri kita sebenarnya, barula boleh naikkan keyakinan diri kita sendiri.

Berkawan Dengan Orang Yang Sesuai

Bukan suruh pilih kawan ..tapi ukur baju di badan sendiri, berkawan biar ramai... buat "network". Tapi manusia ini penuh dengan Misteri..tidak siapa tahu akan isi hati kawan kita, dendam kah dia, dengki kah ia, tak senang hati kah dia dengan kita???? Kalau kita ada "lebih" sikit dari dia, kita akan di tubanya dalam ketidak sedaran kita.
Ramai ahli terapi minda mengatakan, kebahagiaan sebenarnya adalah dari "dalam". Dalam hati dan minda kita. Kita sering memerlukan orang sekeliling kita mengatakan kita ini hebat. Perlukah kita akan gesture yang sebegini? Adakah gesture tu datang dengan ingatan tulus ikhlas dari orang berkenaan? Kita akan mudah terbawa bawa dengan komen dari orang orang sekeliling kita.....disini la terjadinya penyakit yang sangat payah nak diubati...iaitu penyakit "Lupa DIRI". Kadang kadang kita sendiri pun tidak faham mengapa manusia ni kalau kita susah, kita dikutuk... kalau kita senang di dengki nya pulak...itu la pasal kita disuruh mencari kawan yang baik, setia dan amanah. Anda ada kawan seperti itu? Kalau ada, tahniah dan kekalkan kesetiaan anda berkawan dengan nya dan keluarga nya, tapi kalau anda tidak punya kawan seperti itu.. tidak apa.. anggapla semua orang yang anda temui hari ini, esok dan seterusnya adalah kawan baik anda....mula kan dengan kita sendiri dengan mempunyai sikap ikhlas berkawan, jangan suka berkawan untuk mengambil kesempatan terhadap mereka.

Bersyukur
Saya sering bertemu dengan orang yang suka membandingkan diri mereka dengan orang lain...mereka rasa macam tidak puas hati dengan apa yang mereka ada. Orang yang sebegini adalah orang yang kurang atau tidak tahu besyukur.
Kalau kita hendak berterusan dengan rasa tidak puas hati ni, sampai mati pun kita akan terus merana....memanjang tidak puas hati... ni pun penyakit juga ni.

OK la saya rasa ini sajala coretan saya buat hari ini. Akan ada lagi sedikit sebanyak ilmu untuk saya turunkan dan kongsi bersama rakan blogger yang lain.



Monday, January 7, 2008

12 Tips - Mempunyai Keyakinan Diri Yang Tinggi

Hampir semua manusia mempunyai perasaan keyakinan diri, cuma tinggi dan rendahnya sahaja yang membezakan keyakinan diri itu. Ada juga orangnya hebat, tapi mempunyai keyakinan diri yang rendah, seperti tidak yakin dengan penampilan sendiri, kebolehan sendiri dan tidak boleh menerima kekurangan diri. Kami ada 12 tips untuk dikongsi bersama dan saya berharap, agar dapat dibaca dan seterusnya di amalkan, walaupun sedikit tetapi kerap, Insyaallah ada kesannya nanti. Jadi apakah perkara perkara yang boleh membuat seseorang itu tinggi keyakinan diri mereka?

  1. Perkara yang pertama kita kena latih pada diri kita ialah... supaya rasa gembira dengan keadaan diri kita dan apa jua yang kita lakukan (jangan la buat jahat dan berasa gembira pulak) Setiap perkara yang kita lakukan adalah mengikut hati dan naluri kita, kita yang "endorsed" segala usaha kita, kita tidak perlu orang lain memberi endorsement pada apa yang kita lakukan. Tetapi adik adik dan anak anak.... kalau masih belajar, kita masih perlukan mak dan ayah kita untuk endorsed kita ye... Restu itu penting, tetapi bagi yang telah matang.... buatla sesuatu mengikut kehendak hati kita, jangan tunggu orang lain untuk mengatur hidup kita. "Be Yourself and Live Your Life With Passion"
  2. Seterusnya kita kenala ada tujuan dan matlamat dalam hidup ini. Bila kita sudah ada matlamat, kita dengan sendirinya akan mengenali diri kita dan batasan yang ada pada diri kita. Benar, kita sering disogokkan dengan cakap cakap dari orang sekeliling kita akan apa yang kita patut buat... tetapi perlu ingat... akhirnya kita juga yang akan menjawab kepada semuanya....lebih elok lagi kalau kita ambil kata kata mereka sebagai panduan, dan satu hari nanti pasti kita akan teringat akan kata kata mereka dan pada masa ini la kita akan menggunakan nasihat atau kata ransangan itu. Bila kita dah tahu matlamat dan arah tuju kita, barula berusaha keras kearah itu untuk tidak gagal mencapai cita cita kita. Bila kita berjaya mencapai cita cita dan matlamat kita, percayala, kita akan rasa tersangat bangga dan secara automatik akan menaikkan keyakinan diri kita. "Aim High and Always Aim For The Sky"
  3. Jangan salahkan diri sendiri. Menyalahkan diri sendiri adalah perkara yang amat kurang bijak untuk kita lakukan. Menyesalidan memarahi diri sendiri bukan hanya akan melemahkan kita malah kita tidak menghargai diri kita sendiri. Perlu la diingat, tidak semua di dalam dunia ini boleh kita kawal, perasan kita sendiri pun kita susah nak kawal, ini kan pulak kalau sesuatu yang melibatkan pihak lain.
  4. Jangan pandang rendah pada kebolehan dan kelebihan diri sendiri (diri sendiri ye, bukan orang lain) Mereka yang mempunyai keyakinan diri yang rendah akan sentiasa merasa diri mereka kurang dan tidak pandai, tetapi sebaliknya orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan sentiasa mengatakan mereka adalah yang terbaik dan mereka boleh melakukan (cuba tengok program Fear Factor, peserta sentiasa mengatakan mereka hebat) Kalau kita yakin kita boleh buat, sekaligus, menjadikan kita seorang yang berkeyakinan tinggi.
  5. Ada masanya kita sudah tidak boleh lagi membendung rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri , ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang seolah-olah menyalahkan kita. Kalau sudah tidak terbendung lagi, tidak salah kita bertemu dengan pakar psikiatrik atau kaunselor untuk meluahkan rasa yang menghimpit kita. Kadang-kadang kita tidak perlukan kaunselor, cukup seorang kawan yang kita percaya untuk kita luahkan rasa kita. Kalau perlu menangis, menangis la....jangan rasa malu untuk menangis
  6. Kenali diri kita sejujur jujurnya. Kita kenala ambil sedikit masa sendirian dan menilai diri kita, apakah perkara perkara baik yang kita boleh buat dan dapat membantu orang sekeliling kita dalam ertikata yang simple, membahagiakan orang lain. Ini adalah penilaian kita sendiri terhadap diri sendiri bukan kata kata orang lain yang memuji kita, sebab kita jangan sekali-kali mengharap pujian orang untuk menjadi seorang yang hebat. Bila kita telah pasti tahap keyakinan diri kita amat tinggi, yakinlah tiada siapa yang akan boleh menjatuhkan kita, sebab kita sudah KUAT
  7. Bertanggungjawab keatas segala yang kita lakukan. Secara tidak langsung, kita akan menjadi lebih gembira kerana kita mempunyai tanggungjawab terhadap apa yang kita ingin dan telah lakukan dalam hidup kita. Apabila kita dapat melaksanakan sesuatu kerja dengan penuh ikhlas kita akan bertambah yakin pada diri kita secara menyeluruh.
  8. Luangkan masa untuk mencatit apa jua perkara yang merunsingkan diri anda. Setelah mencatit dan menyediakan senarai perkara perkara yang merunsingkan kita, kita hendaklah menyemak senarai itu berberapa kali. Selepas itu anda akan dapati yang sedikit demi sedikit perkara perkara yang merunsingkan anda di senarai tadi akan berkurangan. Anda akan perasan yang terdapat perkara yang sepatutnya tidak perlu berada dalam senarai runsing anda itu. Cuba la.....
  9. Mengaku apabila membuat kesilapan. Jangan kerana ego, anda tidak mahu mengaku salah. Orang yang mengaku membuat silap akan kelak mendapat kejayaan dengan senang sekali. Pengalaman melakukan kesilapan adalah guru yang terbaik sekali. Manusia selalu alpa dan tidak semestinya seseorang yang membuat silap itu adalah orang yang tidak berguna lagi untuk kehidupan seterusnya. Ingat untuk mengetahui sesuatu, kita mesti la ada ilmu dan pengetahuan, tapi kalau hendakkan pengalaman, kita kenala mengalaminya dulu.
  10. Kesilapan yang selalu dan amat ketara diantara kita manusia ialah, persaingan. Tidak kira la bersaing mendapat pangkat, mendapat pakwe/makwe,persaingan dalam penampilan dengan barang kemas yang sarat atau apa apa saja la. Kita lupa...sebenarnya kita kena bersaing dengan diri kita sendiri untuk menjadi seorang insan yang berkeyakinan diri tinggi. Kalau kita boleh laksanakan sesuatu tugas yang diberi, kita harusla laksanakan dengan baik, jadi lain kali kalau kita diberi tugasan lagi, kita kena la beritahu pada diri kita bahawa kita kenala bekerja lebih keras dan dapat melakukan amanah dan tugas itu dengan lebih hebat lagi. Hanya kita sahaja yang tahu apa yang berdetik dalam hati kita ini.....kalau tugas yang diberi dilaksanakn dengan baik....ucapkan tahniah pada diri anda. Tak payah la heboh heboh bagitau satu dunia yang anda seorang yang hebat...(ini buat orang meluat tau)
  11. Berani menghadapi apa jua risiko dalam mengejar impian dan cita cita kita. Orang yang lemah sudah terang terangan menampakkan mereka kurang keyakinan diri. Tetapi orang yang tinggi keyakinan diri mereka, akan sentiasa ingin mencuba dan melakukan sesuatu kerja dan setiap kali mereka melakukan amanah itu , mereka akan beritahu diri mereka..."belum cuba belum tahu..." dan mereka pun mencuba. Bekalkan perasaan yakin pada setiap amanah itu.
  12. Jadilah seorang yang positif. Berfikiran positif, bercakap secara positif dan hidup dengan penuh positif. Sering kita dengar orang yang berjaya akan cakap, "BE POSITIVE" . Memang betul, kalau kita sentiasa negatif, kita secara tidak langsung memasukkan diri kita ke zon negatif. Perkara perkara negatif ini kalau dibiarkan meresap dalam diri kita, kelak akan menjadi sebati dan akan merosakkan kesihatan kita. Perkara negatif ini seolah olah seperti magnet...sungguh cepat ia menarik kita kearah negatif
Rasanya sungguh mudah kan untuk mendapatkan tahap keyakinan diri yang tinggi dan sihat. Langkah langkah diatas kalau diamalkan, insyaallah akan boleh membawa kita kearah yang lebih positif lagi. Selain dari 12 langkah diatas, kita hendaklah sentiasa meminta dan berharap pada ALLAH TAALA, jangan mengharap pada manusia, sebab telah terbukti seperti, ibu mengharap anak mereka dapat menjaga mereka apabila mereka tua kelak, bila tiba masa anak yang diharapkan tidak dapat menjaga mereka, ibu tadi menjadi hampa kerana seumur hidup anaknya itu, dia asyik mengharap anaknya akan menjaga dia di hari tua. Begitu juga dengan isteri yang terlalu sangat sayangkan suami, kelak dia akan diuji apabila si suami bermain kayu tiga dan tidak menghargai kasih sayang si isteri tadi. Bagai kata orang dulu dulu, buat baik pada pada, buat jahat jangan la hendaknya. Apa pun kita buat, biarla berpada pada.
Sekian sajala posting saya buat kali ini. Saya akan sambung lagi posting khas untuk orang perempuan yang ingin meningkatkan keyakinan diri mereka.
Saya ucapkan selamat membaca blog PESONA MISTERI